Wednesday, November 30, 2011

Wedding Blog!

hai semua, korang pernah tak terfikir nak ada blog perkahwinan sendiri. means, bila korang nak kawen, korang buat blog, di mana orang yang korang jemput datang majlis kawen tu, boleh baca love story korang.. boleh buat RSVP nak datang majlis ke tak... korang boleh tulis aturcara majlis camni camtu... best je :) 

antara yang lain, boleh masukkan music yg korang suka, leh letak gambar, pre-wedding ke..gmbar bertunang ke... sweet je, trust me!

ni wedding blog saya, in progress lagi. sedang dapatkan idea terbaik sebelum publish. hehe, publish kat sini x pe, xde orang tahu pun :P

Tuesday, November 29, 2011

Bunga-bunga Cinta

Assalamualaikum,
hye smua yang tersinggah blog ni :) yang nak cari blog lain tp terjumpa blog ni, hai hai smua! :D

korang pernah tak terfikir nak DIY smua benda yang pasal hari pkahwinan korang? ni saya ada blajar dari sorang kawan blogger, dia suka buat DIY bnda2 nak btunang dia, so sy ada lah copy paste add yg mane patut...

nanti saya review cara-cara nak buat bunga ni :)
senang je pun!
ermm, nak letak kat mane? uhuum, bloom tahu lagi laa... ish main buat je! :P

waiting for pre-wed photo!

yeay!! hari sabtu lepas, done pre-wed shoot :) -big smile-


photographer nya kawan2 juga, everybuddy photo oleh Badi' uzaman
 hehe, ni satu gambar yang dah dapat. lagi2... dia akn kasi within sebulan. Badi'...aku x sabar okay!!


enjoy! picnic theme at Taman Perdana KL




tak sabar nak review photo lain :)

Viva Homes vs IKEA

salam untuk semua yang terbaca entry ni. ermmm... smalam, sy gi kenduri sambut menantu kenalan mr.fiance kat damansara. simple majlisnya, dari depan macam x ada apa2... rupanya tempat makan smua kat belakang. nice. pengantin pun cantik je. kami berdua terlewat siket je untuk tengok pengantin bersanding. uhuuuu...
so, plan lepas pergi kenduri tu, sy mintak mr.fiance saya tu pergi IKEA. walaupun dia tarik muke moncong coz dah bosan pergi IKEA tu, "barang sama" katanya, tapi dia rela hati jugak nak pergi. yeayy! :)) so lepas kenduri kami gerak gi IKEA, tapi tak ada rezeki, silap jalan, terus gi ke KL :(( bye IKEA!


sooo, sy godek2 my mr. edward bloom tu, ajak gi Petaling Street. hihi, dalam keterpaksaan, dia ikut jugak. mood dia baik, happy je... so kami jalan2, sy beli paper lantern biru muda. untuk majlis kat kelantan. cantik :)) tapi sbb harga agak mahal. beli 2 bijik je. hihi. balik dari petaling street, kami singgah di Viva Homes kat Cheras.


ni 1st time datang Viva Homes, lagipun tempat ni masih baru... overall, VH ni sbnarnya kebanyakannya jual barang2 rumah, macam2. dari peralatan rumah, lighting, hinggalah barang finishing rumah macam flooring, dinding, dan etc...


1st tengok interior, memang amazing lah... cantik and sangat berbeza. ni saya ada snap siket gambar interior VH. smuannya cantik, luas, smpai kaki pun sakit nak jalan. yang x best, satu aje, toilet yg sgt x user friendly coz salur paip x ada... wuhuuu.. air trus memancut dari paip dinding. x best okay!




erm.. VH ni besar, tapi, nak dibandingkan dengan IKEA, sangat jauh berbeza. kenapa sy suke ke IKEA?? walaupun barang sama... hihi, IKEA offer brg2 affordable, murah, kirenya ada jugak yg berbaloi n mampu milik. kan kan?


kat VH ni, barang sgt mahal. contohnya, balang isi gula garam je dah rm 23, kat IKEA, saya pernah beli rm 7 saja. murah kan :)


IKEA, walaupun barang sama, tapi korang kene tahu, harganya tak sama. makin lama makin murah, tp smpai satu tahap tu, takkan bganjak la.. hehe
G for Ground floor :)




food court yang kebnyakannya Chinese yang menjual. x best nak pilih makanan!


nice! jadi seating :)

Friday, November 25, 2011

Biasiswa mybrain15

salam semua yang of course sudah tentu terkebetulan terrrrbaca blog sy yang x seberapa ni. hihi. niat nak jadi blogger, tapi macam x kesampaian saja. =P

korang pernah dengar x pasal mybrain15? alhamdullah, yg sy apply sebulan lebih yg lepas dah dapat keputusannya. alhamdullilah, saya berjaya yeayy! tahniah? hihi terima kasih :)

untuk yang nak apply n nak tahu lebih lanjut, boleh lah visit page ni.
https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php

ni untuk sape yang perlukan pembiayaan pengajian master dan phd.

Thursday, November 24, 2011

Malaysia Menang Pingat Emas Sea game 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!
Mungkin entry ni agak lambat nak dibandingkan dengan entry2 blog lain kot. tapi, ucapan tahniah ni akan sentiasa diucapkan atas segala usaha atlit bolasepak negara.
tahniah sebab dah tundukkan keegoan hampir 100,000 penyokong indonesia di stadium gelora bung karno palembang tu. cakap besar n sangat x menghormati orang.

dengar kata, bus skuad negara kene ludah, baling batu, kene ketok masa lintas dpn penyokong indonesia. perang psycho ni!

Surat khabar pada hari perlawanan final bolasepak sukan Sea Indonesia

Metro hari Selasa- malam tu kita menang yeayyy!!


Metro hari ni- Rabu. setiap pemain dapat rm 30k sorang. woow!! Nazmi dapat 30k umur 17 tahun??

Our harimau Muda kesayangan rakyat MALAYSIA

Asrarudin Omar (no 6), penjaring gol tunggal Malaysia

Monday, November 21, 2011

HARIMAU MUDA!!

Go go Harimau Muda!!
kalahkan garuda!

malam ni, tak sabar nak tunggu Harimau baham garuda. actually, what is garuda? mitos semata je kan? btol tak? hehe~
sebagai peminat finatik bolasepak negara, sy rasa sangat2 teruja nak tengok bola malam ni. kalah or menang, tolak tepi. prestasi pemain bolasepak Malaysia dah tak macam 5 tahun lepas. dan everyone sangat teruja. smpai kan semalam, tengok Festival Filem Malaysia kat saluran 105-Prima pun, aflin shauki cakap, dia bangga jadi rakyat Malaysia, pasukan bolasepak pun menang smalam (Malaysia vs Myanmar), pastu smua orang tepuk tangan. everyone cares sbnarnya. smua orang dah tengok bola. smua TV nak siar..tak mcm dlu, Malaysia weak, orang pun taknak sokong. 


Jersey Malaysia ni sangat cantik kan... cube compare ngan negara lain... siap ada jalur2 harimau. cun je. selain jersey indonesia yang sy rasa cantik, jersey negara lain, xde yang menyerlah. Jersey indoneia ada nombor pemain kat bahu, smart n casual je. 


perjalanan skuad Harimau Muda Sukan Sea Palembang 2011
Malaysia vs Singapura 
(7 November 2011)
berkesudahan seri 0-0... sepatutnya kite kena kalahkan Singapore ni sbgai balas dendam perlawanan kelayakan Piala Dunia hari tu.

Malaysia vs Thailand
(9 November 2011)
Kita menang 1-0.
sebenarnya banyak peluang Malaysia nak gol, tapi xde luck n rezeki. so menang 1-0 pun dah okay apa :))

Malaysia vs Kemboja
(13 November 2011)
laluan selesa Malaysia. settle 4-1
kalau 4-0 kan lawa!. coz Indon vs kemboja 6-0, singapore vs kemboja 2-1,
dan thailand vs kemboja 4-0.
tapi okay la, still banyak skor :)

Malaysia vs Indonesia
(17 November 2011)
ni perlawanan penentuan juara dan naib juara kumpulan  A.
alhamdulillah, Malaysia menang 1-0.
Gol minit ke 85 :))
untuk penyokong Indonesia yang pandang rendah n sentiasa boooo atlit Malaysia,
ni mungkin penangan yg hebat untuk korang! yeahh!!

Shahrul Azwari
penjaring gol tunggal Malaysia vs Indonesi
game penentuan Juara dan Naib Juara kumpulan A
   

Ahmad Fakri
penjaring gol tunggal Malaysia vs Myanmar- Separuh Akhir



dan Malam ini- 21 November 2011, siapa yang akan jadi hero untuk seluruh rakyat Malaysia??

untuk semua pemain harimau Muda yang turun malam ni,
doa kami rakyat Malaysia tak pernah putus2 untuk kalian, berjuanglah hingga minit ke terakhir, lakukan yg terbaik, bawalah pulang kemenangan untuk Negara tercinta ini.
WE LOVE YOU!!

Friday, November 18, 2011

takotnya..tarikh dah dekat...

kata-kata ni buat sy ada prasaan takot. 


" Ja, dah dekat dah... bunga ke apa takde ke lagi.."


teguran tu buat rasa darah gemuruh. takot... memang btol, takde persediaan apa-apa lagi untuk tarikh tu :( apa perlu nak buat... kata nak buat majlis kesyukuran je.. ya ALLAH, tunjuk kan aku jalan.
waaah..ingat, kawen bukan sesuatu yg menyusahkan... ingat tu! make it easy... smile~ and buat satu-satu. percayalah, mesti  sempat punye :))



esok, to-do:


1- beli kotak goodie-@yummies
2- beli baju untuk akad nikah- @seksyen____ (fail btol nak ingat seksyen nih)
3- tempah al-mathurat- online!



Thursday, November 17, 2011

Team Malaysia T-Shirt

team malaysia
hemmm, nak nak nak baju ni!
ni baju TM Team Malaysia by Telekom Malaysia. smart la baju ni.. nak pakai tengok bola hehek! bila search n tengok kat TM page, harga rm69 free shiping. bila dah kaya sket, nak beli lah nanti. nak buat collection sendiri :)
suka suka sukaa!!

bila diri disayangi

terharunya bila kita tahu seseorang menyayangi kita. walaupun kita dah tahu dia sayangkan kita, kita akan lebih terharu apabila tahu yang dia beritahu org lain yg dia sangat sayangkan kita.


ni dia saya terjumpa tadi masa google "wawai bloom". 





untuk mr.edward bloom, i also want you to know, yg saya sayang kamu sangat2 juga :) 

Wednesday, November 16, 2011

Pre-wed video Trailer

sape-sape yang tersinggah di blog saya yang belum ada follower ni, jom la tengok video pre-wed saya ni. cortoon version present diri saya n my fiance. untuk siapkan video ni, perlukan lebih 150 gambar. draw sendiri kat photoshop, n snap every movement smpailah nmpak cam smooth. agak comlicated...ermm memang cmpicated sebenarnya, n perlukan passion yang tinggi. well, video ni dah siap. ni trailer :) sape nak tengok full video, kene lah datang my wedding kat KL nanti. 



C O M I N G  S O O N   |   2 0 1 2 

my wedding checklist

last checked : 15 dec 2011


MAJLIS
1- akad nikah : 10 february 2011
2- majlis kesyukuran : 11 february 2011


akad nikah
1- bantal nikah- DPWP


what to wear
HER
1- baju kurung putih-DONE!
2- veil + tudung - DIY in progress
3- bunga tangan- DIY in progress
4- eksesori
5- kasut


HIM
1- baju melayu putih- DONE!
2- sampinDONE!
3- songkok
4- kasut
5- butang baju melayuDONE!


majlis kesyukuran


1- pelamin - DONE! (deposit paid-DPWP)
2- goodie untuk kawan2- DONE
3- goodie untuk tetamu mama+abah+lain2IN PROGRESS
4- tudung sedondon- - DONE
5- button instead of bunga rozek- DONE
6- kad jemputan- 90%


what to wear
utama - DPWP
-her-
1- dress - DONE!
2- veil + tudung - DONE!
3- kasut - DONE!
4- bunga tangan-DONE!
5-make-up-DONE!


-him-
1- baju melayu-DONE!
2- sampin- DONE!
3- kasut- DONE!


persalinan sendiri
-her-
1- baju kurung modern- IN PROGRESS-TAILOR
2- tudung DIY in progress
3-kasut - guna yang DPWP
4- veil- DONE!


-him-
1- baju melayu IN PROGRESS-TAILOR
2- sampin- DONE!
3- kasut guna yang DPWP
4-butang baju melayu - DONE

Tuesday, November 15, 2011

sambil menyelam, minum air

salam semua yang membaca or terbaca. :)


"sambil menyelam, minum jelah air tu"
"serampang dua mata"


which one is better dengan situasi yang bakal diceritakan ni.
untuk hantaran kawen, ramai yang nak beli yang mewah2 dan semestinya menawan cun gila. tapi pernah ke kita fikir, apa akan jadi pada perhiasan hantaran kawen tu selepas kita kawen? kalau nak jual untuk 2nd hand, or couse satu pilihan yang baik. tapi risikonya, kita pun tak dapat nak jangka kan? kalau ada orang nak beli, okay la... :) alhamdulillah



cuba angkat tangan siapa yang belum kawen x nak hantaran mewah camni!
huu..macam xde je yang xnak. cuban jangka berapa kos hiasan hantaran ni. hiasan saja, tak termasuk barang hantaran. mesti mahal kan? kalau lah setiap satu tu kita beli, bukan sewa, mesti sangatlah mahal n costly...
yang frame kaca tu paling murah pun rm 70/set rasanya. 


apa kata....


kalau kita sediakan hantaran dengan alatan yang bakal kita guna dirumah bersama pasangan nanti... contoh?
ni gambar saya google :)


apa kata~ balang kaca tu nanti buat bela ikan kat rumah nanti... 

pinggan tu boleh guna buat makan :D
hehe~ baguskan idea kitar semula ni! jimat pun jimat n gerenti tak rasa membazir. so gunalah pinggan mangkuk untuk jadi alas hantaran. mangkuk pun leh letak buah, chocolate kan? waaaa..got a good idea today.


selamat mencuba semuaaa :))))))

Monday, November 14, 2011

Masjid Jamek Lengang

pasa saat kebanyakan manusia di KL pergi kenduri kawen untuk pengantin2 yang nikah 11.11.11 tu... saya n mr.fiance pergi shopping barang kawen di Masjid Jamek. wooo woooo, masjid jamek lengang... jalan pun best, cuaca pun xpanas sangat sebab skrgkan musim hujan...



ni nak cerita, korang pernah tak rasa nak cari lace bunga-bunga sulam manik? ni first time saya cari benda ni sebab nak buat baju akad nikah. nak tampal kat baju kasi cantik sket la... 




first... kitorang pergi Jakel, raound lah satu Jakel. sebenarnya nak cari kain chiffon. 2 meter je pun nak... tengok harga.. rm 24 semeter.. dalam hati.. " hmmm mahal gak ek", pastu naik tingkat 3, sorang pekerja Jakel tanya, nak kain chiffon manik tak... ok jugak. bincang dengan tunangku, baik beli yang jahir manik terus daripada jahit manik kemudian, sooo kami pergilah tengok. sangat lah cantik2 belaka, smpai terpegun dan sangan terpukal. tapi selepas tahu harganya, jadi telopong... rm110. hm.. 2 meter je rm110??? dalam hati. " semeter rm110 dik", akak Jakel tu cakap. hah, semeter rupanya. terkojot eden! bila akak tu pergi, kami curik2 lari.. naik tingkat atas cari chiffon kosong plak. sampai je kat area chiffon kosong... so, carilah color yg berkenan. tup-tup.. haa?? depan mata. akak kat bawah tu naik cari kitorang.. wuhuuu... kitorang terus terang cakap nak beli yg murah je... then, lepas chiffon, cari lace yang nak lekat kat bahagian pegelangan tangan. banyak yang cantik2.. sangat menarik n tertarik! tapi sama kes lah..mahal :( ada ke patut, lace yang siket tu, semeter beratus-ratus.. sangat x masuk akal. 'ni France lace dik' kata kakak tu, so sy tanya, malaysia punye xde ke.. ' Malaysia ada nasi lemak je', huuu... sadis btol akak tu jawab. so kami decide beli chiffon je... 


jalan-jalan lagi kat Jalan Tar pulak.. cari Gulatis.. mane tahu ada yg murah. tapii... sama je. terkejut jugaklah dengan harga-harga tu. tapi lastly, tunangku yang baik hati tu cakap, sayang kalau nak ambik, ambik je lah.. xpe.. kan skali je kawen.. uhuukk terharu.. tapi tak ambik pun yang dikatakan tu, saya ambik yang lain... so, saya beli setangah meter je... rm 147 semeter. so saparuh jadilah rm 73 camtu... still mahal~


Gulatis- 1/2 meter- rm 73.50


Sunday, November 13, 2011

Hari raya haji di kelantan

hari raya haji tahun ni, tak sangka akan dapat beraya dengan org tercinta :)
raya haji ni, mama ajak my tunang beraya di kelantan. sebaaaab, ma nak kitorang setel pasal pelamin n so on... takot x sempat nak balik sebelum tarikh. raya ni best, tak sangka kakak ipar ajak pergi MUNDOK. mundok ni macam pasar hari jual macam2..dari pakaian, makanan, barang2 dapur smpailah smua bnda yang tak leh nak cerita. macam2! daaannn sangatlah murah. my fiance beli jersey 4 helai. harga rm 5 je sehelai. huh, msti dia happy =P
makanan pun murah, n sedappp. yang paling menarik, telur puyuh.. masak separuh je, then letak mayonis, sos n mastart. yummy!! 


sungai golok

waffer! rm 1.20

barang dapur.. rm 1 per item

this is me! 

walaupun hujan renyai, jalan berselut, tp redah je. nak seberang dari rantau panjang ke pasar mundok tu, kene naik sampan. dah belas2 tahun dah tak naik sampan. last time pergi mundok n naik sampan masa saya umur 9-10 tahun dlu.. beli ikan emas., heee~ besttt!


hope one day dapat datang lagi shopping2 :))

Wednesday, November 2, 2011

Nilai 3, destinasi persiapan perkahwinan?


salam semua, selamat pagi.

betol ke sesetengah pendapat kata nilai 3 ni destinasi tepat untuk pasangan yang nak sediakan barang-barang perkahwinan macam goodie, bunga telur, barang hantaran, bunga2... tapi persoalannya, betol ke? jangan tak tahu, rumah saya hanya kurang 10 minit ke Nilai 3. boleh kata, nak gi Nilai 3 tu, bila-bila masa pun boleh la~. sebenarnya, barang2 kat sana mahal tau. kalau nak dibandingkan dengan barang2 kat Masjid Jamek-Semua House tu. walaupun beza 20-30 sen saja, tapi bayangkanlah bunga telur yang banyak tu... haaa, bleh beli kek secret resepilah sebijik. eheheh~ 


sejambak bunga plastik yang ada 5 kuntum bunga tu, dah rm9. yang cantik sket ada lah sampai rm19. dasyat kan? bakul pun mahal2.. kalau kat semua house 7.90, kat nilai 3 8.90. rm 1 beza, kalau beli 9 biji bakul, dah rm 9 rugi...
dulu, saya buat persiapan pertunangan, barang2 beli kat semua house. bunga-bunga pulak kat kedai 99sen. heheh, murah je, bunga satu jambak yang ada 5 kuntum tu, rm 1.99 je. sangat berbaloi sebab bunga-bunga tu pun sangat cantik, xde lah buruk pun.... nak buat persiapan kawen, bukan sehari dua.. barulah boleh berjimat dengan banyak. kalau siap awal2, dan servey tempat terbaik, sampai rm500 la boleh jimat. banyak tu! dah boleh cover oranng ambik gambar kan? ahaa...
hari ahad lepas, saya round2 nilai 3 seseorang cari ideas... cari konsep dan curi idea kedai2... nak beli takde la lagi. 


inilah nilai 3, keadaan yang lengang dan takde traffic jam. mungkin inilah faktor kenapa org suka shopping kat sini berbanding Masjid Jamek
murah pulak bakol bulat ni. rm 3.90 je~
inilah warna tema perkahwinan saya nanti. ehek.. pink menawan !
cantik kan bunga-bunga tu, dah jadi macam bola pulak..
macam-macam jenis bakul untuk jadi alas hantaran :)

macam-macam jenis ribbon!
untuk yang nak kawen hujung tahun ni... or tarikh cantik 11.11.11, selamat pengantin baru. untuk member saya, Zawanah, selamat la ek :)))

Tuesday, November 1, 2011

Download Movie/Series/Film?

assalamualaikum.


korang ni nak tengok wayang tapi taksempat. cuba korang visit page yang saya nak kasi ni. page ni ada macam-macam cerita. my fiance yang introduced dulu. sampai sekarang, download film kat sini je la... movie pun banyak je. Check it OUT!! :))


http://jieazzmovie.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)