Wednesday, December 4, 2013

Perut gatal-gatal dan wanita hamil

normalkah perut gatal2 ketika 2nd trimester (4 bulan plus) ?
adakah perut sudah mula strech untuk baby di dalam membesar?
boleh ke garu?
macamana nak tananginya?
ada ubat tak?


Thursday, November 28, 2013

Muntah sambil drive

Salam mummies :)
Pengalaman wawai, just happened lastweek masa otw balik ke kl dari sabak... drive dalam kl.. jln yg xde bahu jln nk brenti.. yg Allah, rasa nk muntah pulak. Terus grab plastik bag, tadah atas paha... smbil drive, sambil muntah.. tu la pkara yg org lelaki pon x leh buat kot...
Muntah ni bkn pkara yg senang.. perit, perut sakit, mata pejam.. kua air mata, hingus skli.. euuwww..tapi benar belaka k!. Lepas muntah, wawai mngis.. xtahulah nape.. mybe sedih kot... :P. Sepanjang pregnancy, jauh dr hubby..checkup pon sorg je... bgn pagi2 muntah pon sorg.. if ada hubby, dia bangun gosokkan belakang n sedia air kosong... rasa tabah sangat harungi sorang..
Sekarang ada alah baru... air liur keluar dgn banyaknye.. :((( tak sukeeee.. ada tak org mcm wawai? Bila nk tekan, rasa payau.. kenelah ready tisu byk2.. stressss ssngat.
Ok, ni gambar gora yg mnja.. sorry xdd kene mgena :P

Wednesday, November 27, 2013

jom beli rumah



salam smua, hai haii!

sekarang wawai dan hubby dalam process beli apartment. bukan apartment baru.. usia rumah ni pun dah 10 tahun. since 2002. rumah di KL, dekat LRT, tak besar pon, 750sqft saja, tapi harga?? 260K :0. okayyy, sabarrr. rumah2 kat area ni, memang jarang sangat yang 300K ke bawah.. bandar seri permaisuri, hot area tu :P. flat2 kat situ, boleh lah 200K ke bawah, tapi tak selesa sangat, rumah pun kecek espceally dapur.

rumah kami ni, sub-sale. beli dari sorang pakcik yang nak bersara, dia pun nak balik johor, kampung dia.. nak buat rumah tanah. kami dah tengok rumah tu.. so far okay, dah renovated dgn kitchen cabinet, plaster ceiling, wallpaper, bilik 2 dan 3 ada wall wardrobe dengan katil dan meja belajar yang fixed pasang. tapi, yela.. honestly not my taste, coz smuanya kayu..brown color. sekarang ni tengah fikir macamana nak ubahsuai kitchen cabinet tu... coz smuanya dari kayu, kayu jati ke apa, tak pasti. kalau boleh, nak la modern siket... kalau takleh tambah baik pulih, terpaksala roboh dan pasang baru... huuu,, duitttt...


macam dalam photo ni pun dah okay, acceptable la kayu kayan tu asal nmpak simple.. tapi yang sedia ada pakcik tu buat, memang nmpak cam restoran thailand yang klasik2 gituuu...

nanti tunggu wawai update bila kami dah masuk rumah tu k.. tak sabar nak jadi arkitek untuk rumah sendiri. selama ni jadi arkitek untuk rumah orang je!

Monday, November 25, 2013

cerita di blog tak sama dengan cerita di FB

salam semua.
ramai tak kat sini yang macam wawai... yang rasa cerita di blog lebih menenangkan hati dari cerita di FB.
first.. di blog, tak ramai yang kenal kita, means yang jumpa kita hari2.. honestly, kawan2 wawai rasanya xde yang follow wawai :P. tapi berbeza di FB. apa kita cerita, kawan2 terdekat yang hari2 jumpa tu pon tahu cerita kita.

setakat ni, wawai tak pernah lagi kongsi berita wawai got pregnant kat FB. kawan2 tak tahu, selain kawan2 office, bff...

kadang2 ada yg x puas hati ngan kita... pasal pregnancy, ada yg post pasal gambar scan baby la..ada yang post pasal air ketuban..owh no.. bla bla... ada yg boleh pk positif, ada yang cakap..."tu pon nak post keeeewww".. okay, mulut orang kan... so, wawai pon takut orang pk benda sama.

so, wawai pilih nak share di blog wawai je. coz kat sini, wawai ada kawan2 yang wawai tak kenal, tapi tetap positif untuk wawai :) lagi pun, blog ni macam diari..open diary yang nanti2 kite boleh baca...sweet gitttuuuuw.

esok, wawai nak gi check-up, tak sabar nak tengok baby dalam perut bonda ni. sihat ke dia... sekarang ni kerap kali bergerak...dah rasa dia ubah position. hari ni, baby dah hampir 11cm panjang, semoga makin besar ye buah hati bonda :)

Thursday, November 21, 2013

yeayy I got pregnant!

salam smua :)

okayyy, caption tu maybe untuk 3 bulan yang lalu!. sebab baby sekarang dah 4 bulan dalam tummy bonda :)
2013, ni prenancy kedua wawai. bulan 3 lepas skali, and bulan 9 skali.. kalau ikutkan baby masa bulan 3 tu menjadi, lagi 2 minggu dari date hari ni, bersalinlah wawai..heee. takde rezeki nak dapat baby tahun 2013. baby kami nak born in 2014 nii... alhamdulillah, wawai and hubby tak tunggu masa yang lama untuk dapat good news baru. selang 5 bulan je. alhamdulillah, tak tekata syukur pada mu ya Allah.

panjang perjalanan wawai nak dapatkan baby. tapi okaylah, setahun kami honeymoon berdua, pastu dapat tahu mengandung, best apaaaa... kan!



sejak kami nikah bulan 2 tahun lepas (2012), bulan 9 tu kami dah start jadi couple jarak jauh. wawai kat sabak bernam, and hubby kat KL. wawai akan balik seminggu skali je ke rumah sewa kitorang kat KL.

February 2012 - Kawen
September 2012 - start hidup berjauhan

February 2013- Got pregnant
March 2013 - Miscarriage (abortion)
August 2013 - Got Pregnant
November 2013 - 4 month Pregnancy 
September 2018- Divorced >.<

Bukan semua orang dapat rezeki ni kan. coz ramai lagi kawan2 wawai yang kawen and belum lagi preganant. tapi mostly memang dah dapat anak dah, ada yang dah anak 2! wowoo..

rezeki masing2. dan rezeki tu rahsia Allah subhanawataala. Wawai harap, baby kali ni, membesar dengan sihat, dan selamat lahir..May nanti!! yuhuhhhh alhamdulillah, terima kasih Allah.
pada sahabat yang masih menunggu, kene percaya pada rezeki. wawai tahu apa rasanya cz wawai pon pernah rasa menunggu tu... yang penting nasihat wawai..
makan jangan main hentam, elak makanan tajam mcm nenas, air kelapa, kiwi, tembikai.
lepas wawai keguguran tu, memang sangat berpantang makan, no fastfood, no meggi, no minuman gas, air kelapa tak minum, air tembikai minum masa period je...nenas, tak langsung. jaga2 lah... untuk suami pulak, pun sama, jangan minum air nescafe dalam tin, meggi, fastfood, sosej ke..yg tak sihat tu jangan.. cendawan (sebab sejuk).
sama2 lah kita usaha. wawai ni mudah serik... taknak dah kejadian dulu berulang. sedey sangat kkkk....


Thursday, November 14, 2013

macam-macam-macam

my preggy diary

sekarang ada alahan baru. ting ting. tak boleh bau orang memasak, terutamanya mcm paprik2.. or makanan bihun goreng yang ada lam polistrin/tapware, buka je terus muntah, ni nak cerita pun rasa nak muntah. sekarang jugak tak leh telan air liur :( pelik kann... dugaannnn

hanya Allah je yang tahu dugaan orang mengandung ni. pelik tapi benar...

alhamdulillah sekarang dah 15weeks. next week dah masuk bulan ke 4. cepat lah masa berlalu... hope baby kluar same birthday dengan bonda :)

Tuesday, October 29, 2013

orang yang menjaga kita ketika kita sakit


sepanjang 3 bulan pertama mengandung anak pertama, macam2 dugaan morning sickness yang teruk. berkali-kali berulang masuk hospital. raya haji pun hampir2 dihospital. siapa yang menjaga, kalau bukan si suami yang setia di sisi. pagi2 je wajib muntah. dia yang sambung tidur akan terus terjaga tenangkan wawai. lepas satu plastik, kmudia plastik lain dia sediakan, sebab tak larat nak ke toilet.

waktu nak pergi check urine, dia juga yang tolong papahkan, sebab badan langsung tak bertenaga nak bangun. masa drip air, dia juga yang ke hulu ke hilir cari makanan, macam2. pau la.. kaya ball la..

segala apa urusan rumah, dia yang uruskan. dari basuh toilet, basuh pinggan mangkuk, menyapu lantai, basuh baju, jemur, lipat... semua dia...

terima kasih hubby. semoga anak ini pun rajin macam walidnya :)

Monday, October 21, 2013

Duhai Anak

Duhai anak yang baik,
harapan bonda agar dikau menjadi anak yang soleh, taat pada perintah agama.

Duhai anak,
sakit yang bonda lalui sekarang ini, tidak ada apa-apa dibanding dengan harapan walid dan bonda menunggu berita kehadiran mu di dalam rahim bonda ini.

Anak, bonda mengharapkan mu mengharga pengorbanan ibu dan ayah. mengandungkan mu, menangis setiap kali perut ini bergelora menahan perit muntah alahan mengandung.
setiap pagi, air mata pasti mencurah di pipi, manahan senak di perut. Bonda belum tabah dan kuat. terbaring di tilam, terkebil mata menahan sakit kepala. tak mampu berbuat apa. seluruh anggota berasa lemah. bangkitpun hanya untuk membersih diri dan solat.

anak, bonda jauh dari walidmu. bonda perlu lebih kuat walaupun terkadang terasa terlalu longlai. pabila berada dirumah kerana cuti sakit yang panjang,
terkadang ibu kesian, mengarah walid mu melayani setiap kerenah pemakanan bonda. kesian melihat walid berkoraban untuk bonda, ke sana, ke sini mencari makanan yang boleh bonda makan... membasuh pinggan mangkuk sendiri, mencuci dan menggosok pakaian sendiri.. bonda tahu itu bukanlah kerja dan rutinnya. terima kasih walid kepada anakku.

setiap hari menapak diri di tingkat 4 pejabat. bergerak ke bilik kelas untuk mengajar. terkadang pening menahan muntah. stress dan tertekan dengan kerja-kerja yang dahulunya mampu ditampung.

duhai anak soleh, membesarlah di dalam rahim bonda ini dengan baik. setiap hari bonda membaca tentang mu. apa yang kamu lakukan di dalam, sebesar manakan ukuran sizemu, apa perlumu... setiap hari ibu punya diari tentang mu, anak.

Anakku yang menghormati orang tua,
terkadang bonda malu meminta pertolongan rakan-rakan membelikan itu ini, membuatkan itu ini untuk ibu...
terkadang bonda segan, kerap kali jarang dilihat di pejabat sana...
terkadng bonda serba salah, untuk meninggalkan kerja dan mengambil cuti sakit yang lama...

Anakku, sejak usiamu 6 minggu di dalam rahim bonda, bonda pernah pitam di pejabat akibat tiada tenaga. maafkan bonda duhai anak, bonda membahayakan nyawamu di dalam.
sepanjang usiamu 10 minggu di dalam rahim ini, seban minggu bonda ditahan di hospital, dimasukkan air akibat kurang tenaga dan gula dalam badan. bonda pernah ditahan wad kerana kondisi bonda yang boleh mengancam nyawamu. maafkan bonda, anak.
teringat ketika itu, walidmu menemani bonda ketika di wad kecemasan, kemudian beralih ke wad ibu mengandung. walidmu terpaksa pulang ke kuala lumpur meninggalkan bonda keseorangan. bonda bosan, dan sunyi. tetapi bonda sangat bersyukur, setiap titis air yang masuk ke badan bonda, memberi bonda tenaga untuk disalurkan padamu. Anak, apa sahaja sanggup bonda lakukan untukmu.

Duhai anak,
hanya ibu-ibu yang pernah mengalami smua ini kan faham betapa peritnya pemulaan mengandung ini. tetapi kami gagahkan jua untuk melihat anak lahir ke dunia, tambahan pula di kau anak pertama bonda dan walid, cucu pertama, nenda.

Anakku yang baik dan berbudi pekerti,
membesarlah dengan baik. sihat lah didalam rahim ibu. jadilah anak yang baik kelak.

Thursday, October 10, 2013

memperkenalkan, this is Gora

Go go go Gora.. Go go GORALENA!!

demok tak tucin wawai?
tarikh lahir Gora 1 March 2013. n sekarang, Gora dah 7 months. yeayy.. besar dah gora mama kan :D
the onlu cat in my house, sangat manja n mengada-ngada. kurang kasih sayang ni...sbb selalu ditinggalkan.. smua org kerja kan. but malam, papa teman dia kat rumah..nakal sangat. panjat sini, pnjat sana.. garu sini sana. grrrr, habes bean bag tembosss!

Gora, tak sabar nak tengok awak jadi mummy cat. tahun depan mama carikan partner awak k. yg hensem melatop gituuu. we love you Gora :)





Tuesday, September 17, 2013

SHARING IS CARING kannn

salam semua :)

siket idea menarik untuk wedding yg wawai nak share dengan u guys :)

simple card yang boleh dibuat sendiri, print black white je, lebih save, kan kannn

huuuu, bakul rotan tu nampak gojes sangat kan! 

TQ tag, guna craft card :)

exclusive card :) guna doilies paper and medium size ribbon.

ribbon & chair. maybe leh bwt kat bride&groom chair. kerusi makan berabap ;)


wawai akan bercuti dari Gift & TQ Tag / SimplyCreative by Wawai Yus untuk tahun ni. disebabkan kesihatan tak mengizinkan. so sorry untuk smua yang PM tapi tak berbalas...
but wawai ada quick sale untuk photoprops, so, boleh grab! cepat cepaaattt.

Sunday, April 21, 2013

bag lama untuk dibeli, anyone?



salam semua yang chantik dan segak! hiii:)

sape2 ada beg vintage/beg baju lama untuk let go, boleh contact wawai. really interested to buy :)

boleh sms wawai 012 3381424/ PM kat fb Gift & TQ Tag

thank you all :)

Sunday, April 7, 2013

woman & miscarriage

salam all.
tahu tak yang 2 daripada 10 orang wanita yang mengandung mengalami keguguran di awal kehamilan?
meet Dr zuriati at hospital pantai cheras, she said, miscarriage at early stage of pregnancy is a common thing. so, dont worry dear :)

ada story yang wawai nak cerita.
maybe boleh jadi pengajaran untuk smua...koot.
wawai baru je lepas miscarriage. hari ni, dah masuk 1 week 3 days berpantang keguguran.
tapi syukur alhamdulillah, wawai tak kene buat d&c yang semua orang geruni tu.
untuk yang tak tahu tu, d&c ni, procedure after miscarriage. stand for dilation & curettage. not so many people know bout this otherwise, their close person come into this.

I get know bout the pregnancy on 15 march 2013, and on that time, my pregnancy was 2 weeks 5 days. so early kan detected. 1 week before tu, 2 march, saya ada sakit2 kat perut. like period pain aka senggugut. but so impossible coz just complete period. done checking at azzahra hospital, bangi, doctor said, nothing. but she's suspecting kencing kotor... then wawai makan ubat sekali je, dah terus ok..

so, weekdays wawai macam biasa, until friday, that pain is come again, then wawai gi klinik kesihatan yang dengan dengan tempat saya mengajar. situ lah baru tahu yang wawai pregnant. i was really pregnant and so happy :)

then petang tu, wawai travel balik KL dari sabak bernam... so painful. kenapa pregnancy ni sakit ke... mana lah tahu coz this is first time pregnancy kan.

that weekend, i got some bleeding, at first just like spotting je. so, bila google2, they said, implantation bleed. so, untuk yang baru pregnant, spotting2 tu common thing happened at early pregnancy, usually on the same time bila period circle kita datang. but, my bleeding didn't stop :( but that blood is not fresh blood, like akhir2 woman period, coklat2 warnanya. day after day, makin banyak. so worried... wawai pergi jugak jumpa doctor at KK, but they cant determine bleeding coz what...bla bla bla...

20 march, wednesday, I was admitted at general hospital sabak bernam. anddd doctors still cant detect what happened to me. so, they said as, early pregnancy or threaten miscarriage. so, doctor gave me 6 days MC, my husband come and pick me up to our home in KL.

lepas tu, getting better, n no more sakit macam period pain tu. come back to work like usual. but bleeding x stop pun. at one time, kluar macam fresh blood pulak, sangat takot. on that time, wawai discuss dengan husband, if miscarriage, we all kene redha, coz bukan rezeki lagi... and like usual, try to hv positive thinking.. ini dan itu...

after few days, sakit datang lagi. 27 march. so painful. sampai nangis2 kat ofis, then tidur kat surau sampai petang, sangat tak tahan. malam tu okay siket, but before tidur, sakit datang lagi, n wawai just ambil pain killer yang doctor bagi, before tidur, wawai call husband kat KL and bagitahu, yang ada perasaan baby x boleh grow lagi. :( sedih,  pastu tidur macam biasa.

pagi2 khamis, 28 march. wake up macam biasa untuk mandi and solat. bila nak ready buka2 baju smua, tiba2 rasa ada something nak kluar, memang can feel it. so duduk kat lantai, and tengok with my own eyes, benda tu kluar. besar juga. memang daging, and nampak sarung putih. it's sec. menggigil jugak la, panggil housemate, kak hanim. and said, "saya rasa dia dah jatuh..." sedihnya..finally, it's happen. really happened walaupun dah cukup ready.


bye-bye baby.
syukur sekarang, dah okay semuanya. tak ada rezeki kali ni. and, all of this happened for reasons. n until now, lots of things learned. thank you Allah. for giving me this wonderful feeling, and beri ujian yang sangat bermakna untuk hidup.

thank you Allah, You know better :)



Monday, April 1, 2013

Wawai nak beli kucing. anyone?

Salam semua. rasa lama sangat tak update blog dengan personal matter. sekarang I've change my profession. haha. I'M A LECTURER NOW! macam tak percaya =P

simple entry, wawai nak beli anak kucing comel, betina. sape2 rasa boleh jual/recommend kat wawai, boleh bgtahu k :) skrang ni, wawai tengah bela sekor anak kucing biasa. my hubby pungut kat bawah apartment. comel, tapi tak makan saman siket. setakat sebulan lebih bela ni, dia still buang poopoo kat tempat dia, THUMB-UP JIMI!. tapi bab menggeledah dustbin/plastik smpah ni, no.1. memang camtu ke kucing biasa? coz before ni, sy ada bela ank kucing, beli kat sungai petani. SO cute ok! nama dia YURI. but umur tak panjang, mati terjun apartment. uhuuu sedih kan.

Yuri dengan ekor sangan mengliurkan itu :D
Her cute eyeback ;)
 Good bye Yuri :(

ni pulak JIMI!!

JIMI yang super duper manja.

SO, niat dihati nak beli sekor lagi kucing kitten yang comel macam aruah yuri tu. nak buat kawan si JIMI ni. harga budjet dalam 300-400. so, sape2 yang boleh recommend kan wawai, just tinggalkan comment kat sini k. tQ all, nite, assalamualaikum

Wawai Yus

Monday, March 4, 2013

Sesuatu yang berbeza di Majlis Perkahwinan Part I


assalamualaikum and very good morning everyone. sooo Monday blues hari ni kan!

wawai terpanggil nak menulis about something. strait forward k, wawai nak cerita pasal photobooth. yup, PHOTOBOOTH!. apa yang kita tahu pasal photobooth ni? yang booth kat mall, kite masuk ngan kawan2, tangkap gambar snap snap 3-4 kali..then gmbar kita printed out, betol tak? hehe pernah buat keee?

wawai nak cerita pasal photobooth kat wedding event. korang rasa, releven and patut tak? photobooth ni something new yang masih jarang orang tahu... wawai nak share, few stories bila wawai & mr hubby pergi setup photobooth kat majlis kawen... 1st story yang setiap wedding ada... orang akan tanya, ni untuk apa ye?.. ok2.. kita jawablah... boleh ambil gmbar, guna props...bla bla.. 2nd soalan yang kelakar tapi sebenarnya patut ditanya...hehe.. " kene bayar tak nak ambil gmbar kat sini?" erkkk...okay, camana nak susun ayat... wawai jawab.. tak takk... ambil je, pengantin dah bayar kitorang... ahah!


"maaflaa..makcik ni tak tahu benda2 macam ni... topi ni boleh guna la.." hurmm... boleh2 makcik! semua boleh guna, tapi kene letak sini balik la.. hehe...

biasanya setup photobooth ni dalam satu jam setengah. wawai setup guestbook corner, then my mr.D setup photobooth backdrop...

okay, enjoy few photo photobooth wawai :)








anybody interested to have own photobooth, boleh contact wawai : 012 338 1424 or visit Gift & TQ Tag by Wawai Yus

to be continue... tak tahu bilaaa..

Friday, March 1, 2013

Photobooth

it's the time to BLOOMING!!
one step forward :)
anyone interested in PHOTOBOOTH?
jom tengok wawai wedding project. 

Wan + [Atikah] wedding, at Intan Baiduri kepong. 17 February 2013

Next will review Ida + Shafee wedding at Setia Alam.

do contack wawai at FB Page for package inquiriy. TQ and Hug you girlsss!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES, I AM... I done it my myself :)